Pusa, Sarawak

Pusa merupakan sebuah daerah, di Bahagian Betong, Sarawak, timur Malaysia. (Latitud: 1° 35' N Longitud: 111° 15' E). Ia terletak berhampiran dengan Kampung Beladin.Dalam pengajian sejarah, Pusa dahulunya merupakan pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Saribas yang lebih masyur dikenali sebagai "Tandang Sari" dibawah Kesultanan Melayu Brunei. Dengan kedudukan geografi terletak di muara Sungai Rimbas dan berada di tengah Batang Saribas, ia merupakan lokasi yang amat strategik untuk dijadikan sebagai pusat pemerintahan bagi mana-mana Kesultanan. Dalam kajian oleh Datu Dr. Hj Sanib Said (seorang sejarawan terkemuka Sarawak); kerajaan negeri ini ada di sebutkan di dalam satu manuskrip sejarah yang berbentuk puisi yang memperihalkan tentang Temenggung Abdul Kadir dan Dato' Godam yang berjudul "Syair Tarsilah Cetera Dato' Gudam dan Temenggong Qadir Negeri Saribas'', atau judul pendeknya digelar "Syair Tarsilah Negeri Saribas''.Monumen iaitu makam para pembesar ini masih dapat di jumpai di Kampung Dang Esah (Skim Penempatan Baru Kalok, Pusa). Dayang Isah merupakan sebuah lagenda yang cukup sinonim dengan Daerah Pusa dan Tandang Sari, bahkan dikenali sebagai "Dayang Isah Tandang Sari", justeru berkait rapat dengan Dato' Godam dan sejarah permulaan kerajaan Saribas amnya. Bahkan, sebuah kampung di dalam Daerah Pusa juga mengambil nama salahsatu dari pembesar berkenaan, iaitu Kampung Dato' Godam.

Pusa, Sarawak

• Kepadatan 41/km2 (110/batu persegi)
Negeri  Sarawak
Negara  Malaysia
• Jumlah 14,921

Berkaitan